Pada 19 Ogos 2017, Sabtu bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet 1Malaysia Kg Kadok Dalam telah diadakan kelas membuat brosur menggunakan Microsoft Publisher. Kelas ini diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan kepada peserta yang tidak mempunyai asas tentang penggunaan perisian Microsoft Publisher.
Pada 8 Jun 2017, Rabu bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet 1Malaysia Kg Kadok telah diadakan kelas asas animasi komputer menggunakan Adobe Flash. Kelas ini diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar sekolah bagaimana asas animasi 2D dibuat. Kelas yang bermula jam 11.00 tengahari sehingga 1.00 petang,peserta diberi penerangan tentang apa itu animasi, bagaimana proses animasi 2D komputer dibangunkan dan menunjukkan contoh video animasi 2D.
Pada 7 Jun 2017, Rabu bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet 1Malaysia Kg Kadok telah diadakan kelas Asas Komputer menggunakan perisian Microsoft Word. Kelas yang diadakan bermula jam 10.00 pagi sehingga 11.30 pagi adalah bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta asas tentang penggunaan perisian word processing Microsoft Word.
Pada sesi satu, pengajar memberi penerangan tentang kepentingan Microsoft Office dan sesi kedua, memperkenalkan menu dan tools Ms Office dan mempelajari cara menaip, copy dan paste, formating, memasukkan gambar, simbol, membuat table dan border,menggunakan fungsi search dan banyak lagi untuk penguasaan para peserta mengunakan aplikasi komputer. Diharapkan bengkel ini dapat meningkatkan kemahiran dan pembangunan peserta terutamanya dalam membuat sebarang tugasan yang berkaitan.
Pada 7 Jun 2017, Rabu bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet 1Malaysia Kg Kadok telah diadakan kelas membuat brosur menggunakan Microsoft Publisher. Kelas ini diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan kepada peserta yang tidak mempunyai asas tentang penggunaan perisian Microsoft Publisher.
Kelas yang bermula jam 12.00 tengahari sehingga 2.00 petang,peserta diperkenalkan template yang ada dalam Ms Publisher, memperkenalkan menu Ms Publisher serta mempelajari bagaimana memasukkan gambar,memasukkan teks dan penggunaan word art, formating(pemilihan font,warna dan saiz yang sesuai). Sesi akhir, peserta membuat brosur produk masing-masing menggunakan kreativiti sendiri.
Diharapkan dapat meningkatkan kemahiran peserta untuk membuat iklan perniagaan atau sebarang maklumat program.
Pada 1 Jun 2017, bertempat di Pusat Internet 1Malaysia Kg Kadok telah diadakan kelas membuat e-kad raya menggunakan perisian Microsoft Publisher bersempena program cuti sekolah. Aktiviti ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang penggunaan perisian publisher bagaimana menggunakan template yang disediakan untuk merekabentuk sebarang percetakan untuk diaplikasi dalam diri para pelajar.
Di samping itu PI1M Kg Kadok turut mengambil peluang menyampaikan taklimat Klik Dengan Bijak bertajuk Penipuan di internet untuk memberi kesedaran kepada para peserta tentang aktiviti di internet. Aktiviti ini berlansung bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.30 petang yang disertai seramai 10 orang peserta.
Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program berlansung: