SEKOLAH KEBANGSAAN KADOK

skkadokkresize

 

Sekolah Kebangsaan Kadok atau nama ringkasnya SK Kadok, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Kadok, Ketereh, Kota Bharu.

 

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KADOK

 smk kadok

Sekolah Menengah Kebangsaan Kadok atau nama ringkasnya SMK Kadok, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Kadok, Ketereh, Kota Bharu. SMK Kadok telah ditubuhkan pada 1 Januari 1965. Namanya diberi mengikut nama tempat serta diambil sempena gelaran pahlawan dan pembesar Melayu terkenal semasa pemerintahan Sulatan Muhammad I iaitu Dato' Kaya Hulubalang Kadok atau nama sebenarnya Haji Abdullah.

 

KOLEJ KOMUNITI KOK LANAS

Kolej komuniti kok lanas

Kolej Komuniti Kok Lanas telah beroperasi pada 1 Jun 2005 di kampus sementara iaitu di Politeknik Kota Bharu dan kini Kolej Komuniti Kok Lanas telah pun bertapak di kampus tetap yang terletak di Jalan Pangkal Kalong, Kok Lanas pada 1 April 2009. Kolej ini menawarkan pengajian peringkat sijil dalam bidang Multimedia Kreatif Pengiklanan, Terapi Kecantikan dan Spa, Dandanan Rambut serta kursus pendek dengan pelabagai jenis kursus menarik.

Kolej Komuniti Kok Lanas ditubuhkan untuk memenuhi kehendak sosial dan keperluan tenaga manusia selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja mahir. Bagi golongan setempat pula, kolej ini berperanan memberi pendedahan kepada mereka dengan kursus-kursus pendek yang ditawarkan. Lulusan Kolej Komuniti berpeluang untuk mengisi keperluan tenaga kerja industri dalam bidang-bidang kemahiran yang berkaitan atau membuka perniagaan sendiri.

 

POLITEKNIK KOTA BHARU

politeknik kb

Politeknik Kota Bharu beropersai pada 1985 di kampus sementara di Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas, bunut Susu, Kelantan. Politeknik Kota Bharu telah berpindah ke kampus kekalnya pada tahun 1988 di Kok Lanas, Ketereh. Pada awal penubuhannya, bilangan pelajar adalah serami 400 orang dan 44 orang tenaga pengajar. Kini Politeknik Kota Bharu mempunyai 5567 orang pelajar dengan 480 orang staf akademik dan 127 orang staf bukan akademik.

 

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM - UNIVERSITI MALAYA

akademi pengajian islam um

Latar Belakang Program Asasi kursus Pra Akademi Islam Universiti Malayabermula sejak 1981 hasil daripada pengambil alihan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) oleh Universiti Malaya. Kursus Pra Akademi Islam ini adalah sebagai sumber utama kemasukan ke Fakulti Syariah , Usuluddin , dan Pendidikan Islam. Bermula sesi 1999/2000, struktur Pra Akademi Islam ini ditukar kepada program Integrasi dimana pelajar ditawarkan kepada program ijazah pertama dalam bidang Syariah , Usuluddin , dan Pendidikan islam dengan tempoh pengajian minima 9 semester dan mulai 2001/2002 , satu program baru diperkenalkan , iaitu program Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan Sains. Kemudian, bermula sesi 2003/2004 , Program Integrasi APIUM , sekali lagi diubah kepada program ASASI yang menawarkan Program Asasi Syariah , Asasi Usuluddin , Asasi Pendidikan Islam , dan Asasi Pengajian Islam dengan Sains (APIDS). Program Asasi ini merupakan program persediaan bagi pelajar sebelum melanjutkan pengajian di APIUM KUALA LUMPUR.

Tempoh Pengajian Tempoh pengajian pada peringkat Asasi adalah selama 4 semester di mana pelajar Asasi Pendidikan Islam , Syariah , dan Usuluddin akan mengambil purata 15/16 jam kredit pada setiap semester. Manakala pelajar Asasi Pengajian Islam dengan Sains (APIDS) , akan mengambil purata 18/22 jam kredit bagi setiap semester . Semua pengajian akan dijalankan di kampus Nilam Puri,Kelantan kecuali bagi Program Asasi Pengajian Islam dengan Sains (APIDS),yang akan dilaksanakan di kampus Nilam Puri selama 2 semester dan baki 2 semester akan dijalankan di kampus induk UMKL..

 

KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

kias

Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) telah ditubuhkan pada tahun 1965. Pusat ini kemudiannya dikenali dengan nama Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) sehinggalah pada 1 April 1981 (YPTIK) telah diambil alih oleh Universiti Malaya dan ditukar nama kepada Akademi Pengajian Islam Unversiti Malaya. Kerajaan Negeri melalui Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah menubuhkan Maahad Ad-Dakwah Wal Imamah pada 1994 di mana idea penubuhannya dicetuskan oelh YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Maahad Ad-Dakwah Wal Imamah dirangka semula dalam kombinasi yang lebih dinamik dengan penubuhan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) pada tanggal 24 Ogos 1999 yang dirasmikan oleh KDYMM Al-sultan Kelantan. Kias mempunyai staf akademik yang berjumlah 52 orang pendidik dan staf pentadbiran seramai 42 orang manakala bilangan pelajar menjangkau hampir 1000 orang.

website: http://kias.edu.my/