Pada 8 Jun 2017, Rabu bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet 1Malaysia Kg Kadok telah diadakan kelas asas animasi komputer menggunakan Adobe Flash. Kelas ini diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar sekolah bagaimana asas animasi 2D dibuat. Kelas yang bermula jam 11.00 tengahari sehingga 1.00 petang,peserta diberi penerangan tentang apa itu animasi, bagaimana proses animasi 2D komputer dibangunkan dan menunjukkan contoh video animasi 2D.
Pada Sesi 2, peserta diperkenalkan setiap tools panel dan window yang ada dalam Adobe Flash, membuat pergerakan bola melantun dan membuat teknik tweening.
Diharapkan dapat meningkatkan kemahiran para pelajar bagaimana pembangunan asas animasi dibangunkan serta memupuk kreativiti para pelajar.