Pada 7 Jun 2017, Rabu bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet 1Malaysia Kg Kadok telah diadakan kelas Asas Komputer menggunakan perisian Microsoft Word. Kelas yang diadakan bermula jam 10.00 pagi sehingga 11.30 pagi adalah bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta asas tentang penggunaan perisian word processing Microsoft Word.
Pada sesi satu, pengajar memberi penerangan tentang kepentingan Microsoft Office dan sesi kedua, memperkenalkan menu dan tools Ms Office dan mempelajari cara menaip, copy dan paste, formating, memasukkan gambar, simbol, membuat table dan border,menggunakan fungsi search dan banyak lagi untuk penguasaan para peserta mengunakan aplikasi komputer. Diharapkan bengkel ini dapat meningkatkan kemahiran dan pembangunan peserta terutamanya dalam membuat sebarang tugasan yang berkaitan.