Pada 19 Ogos 2017, Sabtu bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet 1Malaysia Kg Kadok Dalam telah diadakan kelas membuat brosur menggunakan Microsoft Publisher. Kelas ini diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan kepada peserta yang tidak mempunyai asas tentang penggunaan perisian Microsoft Publisher.
Kelas yang bermula jam 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Peserta diperkenalkan template yang ada dalam Ms Publisher, memperkenalkan menu Ms Publisher serta mempelajari bagaimana memasukkan gambar,memasukkan teks dan penggunaan word art, formating(pemilihan font,warna dan saiz yang sesuai). Sesi akhir, peserta membuat brosur produk masing-masing menggunakan kreativiti sendiri.
Diharapkan kelas ini dapat meningkatkan kemahiran peserta untuk membuat iklan perniagaan atau sebarang maklumat program.