Pada 25 sehingga 26 Mei 2017, bertempat di Pusat Internet 1Malaysia Kg Kadok telah diadakan bengkel Adobe Photoshop anjuran Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd di bawah Program Celik IT Rakyat Kelantan 2017. Aktiviti ini bertujuan memberi pendedahan kepada masyarat tentang penggunaan perisian untuk merekabentuk grafik, manipulasi gambar sekaligus tahu merekabentuk grafik untuk diaplikasi untuk pembangunan diri dan masyarakat.

Di samping itu PI1M Kg Kadok turut mengambil peluang menyampaikan taklimat Klik Dengan Bijak bertajuk Maklumat Palsu(sebenarnya.my) untuk memberi kesedaran kepada para peserta jangan mudah mempercayai maklumat-maklumat yang disebarkan melalui internet dan media sosial. Aktivit ini berlansung bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang yang disertai seramai 7 orang peserta.

 

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program berlansung: