SELAMAT DATANG KE PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) KG KADOK DALAM
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
 
OBJEKTIF PENUBUHAN :
  • 1. Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • 2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • 3. Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PEDi.
  • 4. Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • 5. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
 
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Kadok Dalam menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
1. Pengenalan asas komputer
2. Asas internet
3. Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
4. Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
5. Latihan keusahawanan
 
 JUMLAH KEAHLIAN :
PEDi Kampung Kadok Dalam telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada 8 Mei tahun 2017. Ramai telah mendaftar diri dengan PEDi Kampung Kadok Dalam bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah
 

  AHLI LAMA

 791

  AHLI BARU BULAN OGOS 2023

 0
 KESELURUHAN PADA 31 OGOS 2023  791
 
KENALI PETUGAS PEDi : 
Untuk menjadi petugas PEDi, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas PEDi. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami 
 

PENGURUS

Nama: Ahmad Khairul Hakimi Bin Muhammad Hanapi

Mula Berkhidmat: 2 Mei 2017

PENOLONG PENGURUS

Nama: Muhamad Arif Amiruddin Bin Mat Sani

Mula Berkhidmat: 27 Ogos 2022