Pada 7 Jun 2017, Rabu bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet 1Malaysia Kg Kadok telah diadakan kelas membuat brosur menggunakan Microsoft Publisher. Kelas ini diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan kepada peserta yang tidak mempunyai asas tentang penggunaan perisian Microsoft Publisher.

Kelas yang bermula jam 12.00 tengahari sehingga 2.00 petang,peserta diperkenalkan template yang ada dalam Ms Publisher, memperkenalkan menu Ms Publisher serta mempelajari bagaimana memasukkan gambar,memasukkan teks dan penggunaan word art, formating(pemilihan font,warna dan saiz yang sesuai). Sesi akhir, peserta membuat brosur produk masing-masing menggunakan kreativiti sendiri.

Diharapkan dapat meningkatkan kemahiran peserta untuk membuat iklan perniagaan atau sebarang maklumat program.