Nama : Mohammad Shahrul Anuar Bin Yusuf
Umur : 26 Tahun
Nama kedai : Yoo Automotive
Kepakaran : Membaiki & servis Kenderaan, Overhaul, Aircond, Wiring dan lain-lain

 

Perniagaan Yoo Automotive mula dijalankan pada tahun 2014 bertempat di Kampung Kadok Dalam. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000 sebulan. Sebelum ini bengkel kereta hanya dikenali saudara mara dan kawan-kawan. Tiada sebarang promosi dijalankan hanya mulut ke mulut sahaja.

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg. Kadok, beliau kini telah memiliki page facebook perniagaan sendiri yang dapat mempromosikan servis beliau. Beliau memasukkan gambar dan video masalah kereta dan penyelesaian kepada masalah kenderaan yang dibaiki. melalui medium facebook ini juga, pelanggan dapat bertanya pendapat dan sebagainya yang berkaitan dengan kenderaan. Pelanggan beliau lebih meluas yang mana mereka mengetahui servis membaiki kereta beliau melalui facebook tersebut.

Video disini


Nama : Pn Aizan Binti Mohd Salleh 
Umur : 59 Tahun

 

Puan Aizan bercita-cita ingin membuka perniagaan sendiri iaitu perkhidmatan makanan seperti tempahan makanan secara kecil-kecilan atau katering. Beliau juga mempunyai pengalaman mengambil tempahan jahitan baju.Sekarang puan Aizan bekerja di sebuah kedai makanan yang terletak di Kadok.

Baliau tidak mempunyai asas dalam penggunaan komputer dan internet. Walaubagaimanapun beliau sangat bersemangat untuk belajar komputer dan internet untuk memasarkan produk yang beliau cita-citakan.

Melalui kelas ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Kampung Kadok Dalam, beliau kini bersemangat untuk membuka perniagan sendiri serta menggunakan ilmu yang diajar untuk membuat promosi sendiri perniagaannya dengan menggunakan perisian komputer.