Nama | : Mohammad Shahrul Anuar Bin Yusuf |
Umur | : 26 Tahun |
Nama kedai | : Yoo Automotive |
Kepakaran | : Membaiki & servis Kenderaan, Overhaul, Aircond, Wiring dan lain-lain |
Perniagaan Yoo Automotive mula dijalankan pada tahun 2014 bertempat di Kampung Kadok Dalam. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000 sebulan. Sebelum ini bengkel kereta hanya dikenali saudara mara dan kawan-kawan. Tiada sebarang promosi dijalankan hanya mulut ke mulut sahaja.
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg. Kadok, beliau kini telah memiliki page facebook perniagaan sendiri yang dapat mempromosikan servis beliau. Beliau memasukkan gambar dan video masalah kereta dan penyelesaian kepada masalah kenderaan yang dibaiki. melalui medium facebook ini juga, pelanggan dapat bertanya pendapat dan sebagainya yang berkaitan dengan kenderaan. Pelanggan beliau lebih meluas yang mana mereka mengetahui servis membaiki kereta beliau melalui facebook tersebut.
http://kgkadok.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/117-keusahawanan-mohammad-shahrul-anuar-bin-yusuf#sigFreeId8b7754ca9b