Nama | : Nurul Hamizah Binti Ibrahim |
Umur | : 17 Tahun |
Nurul Hamizah merupakan seorang pelajar Tingkatan 5 di SMK Kadok. Semenjak Pusat Internet Kg Kadok dibuka, beliau merupakan ahli dan pengunjung yang menggunakan sepenuhnya kemudahan komputer dan internet untuk membuat kerja kursus dan projek tugasan sekolah.
Beliau tidak mempunyai asas dalam penggunaan komputer dan internet. Walaubagaimanapun beliau sangat bersemangat untuk belajar komputer dan internet.
Melalui kelas ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Kampung Kadok Dalam, beliau kini lebih berkeyakinan menggunakan komputer dan banyak yang perisian yang dipelajari terutamanya dalam menyiapkan kerja kursus dan projek Tingkatan 5 Pendidikan Seni Visual.
http://kgkadok.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=30#sigFreeId6fcb72d711
Nama | : Adeela Rahayu Binti Roslan |
Umur | : 28 Tahun |
Nama Perusahaan | : Agen Produk Anaqah |
Produk | : Makanan Kesihatan Organik dan Natural dari ANAQAH |
Beliau menjadi agen produk Anaqah semenjak dari tahun 2017. Antara produk yang dijual adalah Organic Chia Seed, Organic Gum Arabic dan banyak lagi.
Perniagaan yang dijalankan di rumah dan mempromosi produk anaqah kepada saudara mara dan sahabat terdekat.
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kadok, beliau kini telah mempromosi secara produktif melalui facebook dan instagram. Beliau belajar bagaimana cara meluaskan lagi promosi produk melalui media sosial.
http://kgkadok.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=30#sigFreeId6fcb72d711
Nama | : Muhammad Irfan Bin Mohamed |
Umur | : 22 Tahun |
Nama Perusahaan | : AI Memories Photo (Sosial Media) |
Produk | : Fotografi |
Perkhidmatan Fotografi yang dijalankan 0leh Muhammad Irfan Bin Mohamed bermula pada bulan 6 tahun 2017.
Beliau berkongsi hasil fotografi beliau di dalam Facebook dan daripada perkongsian gambar beliau dalam media sosial menarik minat sahabat dan saudara untuk menggunakan perkhidmatan fotografi beliau untuk majlis perkahwinan dan kenangan.
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg. Kadok, beliau kini telah memiliki page facebook dan instagram perniagaan sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Selain itu, beliau belajar kemahiran membangunkan video seperti teknik ‘shot’, ‘angle’, komposisi yang dianjurkan di Pusat Internet 1Malaysia Kg Kadok.
http://kgkadok.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=30#sigFreeIdf0404fc855
Nama | : Mohd Nazri Bin Mat Hassan |
Umur | : 36 Tahun |
Nama Perusahaan | : Wealth Planner at Prudential BSN Takaful Berhad |
Produk | : Takaful |
Perunding Takaful kepada Prudential BSN Takaful bermula tahun 2016.
Beliau memasarkan produk takaful beliau melalui medum media sosial dan perlu menyewa tempat bekerja(co-working space) untuk membuka kedai perniagaannya untuk memasarkan produk beliau dalam talian.
Melalui kemudahan yang disediakan di Pusat Internet Kg. Kadok, kini beliau dapat memberi fokus mempromosikan page facebook perniagaannya tanpa perlu ke bandar untuk menyewa tempat bekerja.
http://kgkadok.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=30#sigFreeId4a89fbd319
Nama | : Wan Nur Fadhilah Bt Wan Musa |
Umur | : 31 Tahun |
Nama Perusahaan | : Sweet Dieyla (Sosial Media) |
Produk | : Kuih dan Kek |
Perusahaan kuih dan kek yang dijalankan oleh Cik Wan Nur Fadhilah bermula pada bulan Februari tahun 2017.
Perniagaan yang dijalankan di rumah dan mempromosi produk kuih dan kek melalui sahabat, dan saudara mara sahaja.
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg. Kadok, beliau kini telah memiliki facebook dan instagram perniagaan sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Beliau belajar bagaimana cara meluaskan lagi promosi produk melalui media sosial.
http://kgkadok.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=30#sigFreeId601605b13b