Nama : Wan Nur Fadhilah Bt Wan Musa
Umur : 31 Tahun
Nama Perusahaan  : Sweet Dieyla (Sosial Media)
Produk : Kuih dan Kek
   

Perusahaan kuih dan kek yang dijalankan oleh Cik Wan Nur Fadhilah bermula pada bulan Februari tahun 2017.

Perniagaan yang dijalankan di rumah dan mempromosi produk kuih dan kek melalui sahabat, dan saudara mara sahaja.

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg. Kadok, beliau kini telah memiliki facebook dan instagram perniagaan sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Beliau belajar bagaimana cara meluaskan lagi promosi produk melalui media sosial.