LATAR BELAKANG CALON

Nama : Hasliana Bt Roslan
Tarikh Lahir : 20 September 1979
Umur : 40 Tahun
Pekerjaaan : Peniaga 
Pendidikan : SPM
 
1. Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Puan Hasliana Roslan telah menjalankan perniagaan produk produk sejuk beku dan kek pastry bermula tahun 2015. Di awal perniagaan Puan Hasliana hanya meletakkan barangan jualan di kedai-kedai runcit dan restoran. Keuntungan setiap bulan dianggarkan RM300-500.

2. Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Selepas datang ke Pusat Internet dan melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kadok Dalam, beliau kini dapat mengaplikasikan ilmu pemasaran online yang dipelajari dan mempromosikan produknya menggunakan medium online. Beliau dapat berkomunikasi dengan pelanggan dengan lebih baik dan lebih meluas. Keuntungan bulanan selepas menggunakan medium online ialah sekitar RM1000-1500.

3. Apa yang Telah Dipelajari Melalui PI

- Membuat risalah
- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB.
- Mempelajari bagaimana mengambil komposisi mengambil gambar dan video yang menarik
- Mempelajari cara mengambil order/promosi melalui FB

4.  Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT
- PI membantu mempromosikan produk
- Memberi kelas tambahan