LATAR BELAKANG CALON

Nama : Mohamad Hafez B Mazlan
Tarikh Lahir : 30 Mei 1994
Umur : 25 Tahun
Pekerjaaan : Peniaga 
Pendidikan : Diploma
 
1. Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Mohamad Hafez B Mazlan merupakan seorang Perunding Jualan Hartanah sejak bulan Oktober 2017. Di awal perniagaan En Hafez menjalankan jualan secara langsung seperti membuka booth dan menyebarkan risalah di pusat beli belah.Pendapatan sekitar RM1000-2000.

2. Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Selepas datang ke Pusat Internet dan melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kadok, beliau kini dapat mengaplikasikan ilmu pemasaran online yang dipelajari dan mempromosikan produknya menggunakan medium online. Beliau dapat berkomunikasi dengan pelanggan dengan lebih baik dan lebih meluas. Keuntungan bulanan selepas menggunakan medium online ialah sekitar RM3000-4000.

3. Apa yang Telah Dipelajari Melalui PI

- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB,instagram, mudah.my dan myShop.
- Mempelajari cara membuat risalah
- Mempelajari menghasilkan gmabar yang menarik untuk pengiklanan

4.  Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT
- PI membantu mempromosikan produk
- Memberi kelas tambahan