LATAR BELAKANG CALON

Nama : Siti Aishah Binti Ramli
Tarikh Lahir : 31 Julai 1975
Umur : 44 Tahun
Pekerjaaan : Suri Rumah
Pendidikan : Sekolah Menengah
 
1. Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Di awal perniagaan Puan Aishah hanya meletakkan barangan jualan di kedai-kedai runcit dan restoran. Keuntungan setiap bulan dianggarkan RM300-500.

2. Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Selepas datang ke Pusat Internet dan melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kadok Dalam, beliau kini dapat mengaplikasikan ilmu pemasaran online yang dipelajari dan mempromosikan produknya menggunakan medium online. Beliau dapat berkomunikasi dengan pelanggan dengan lebih baik dan lebih meluas. Keuntungan bulanan selepas menggunakan medium online ialah sekitar RM1200-1400.

3. Apa yang Telah Dipelajari Melalui PI

- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, mudah.my dan myShop.
- Mempelajari cara membuat risalah

4.  Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT
- PI membantu mempromosikan produk
- Memberi kelas tambahan