USAHAWAN KECIL PRODUK KESIHATAN

Nama : Abu Zarrin Bin Ramli
Umur : 24
Ahli : 2018
 
Latar belakang

Beliau merupakan seorang lepasan pelajar pengajian tinggi dan telah menjalankan perniagaan online bermula tahun 2017 menggunakan medium Facebook, Instagram dan Whatsapp.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menjual produk melalui online dengan hanya menggunakan talefon bimbit sendiri dengan akses yang terhad dan kurang ilmu dalam perniagaan online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas datang ke Pusat Internet dan melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kadok Dalam, beliau kini dapat mengaplikasikan ilmu pemasaran online yang dipelajari dan mempromosikan perniagaan online beliau secara lansung dengan kemudahan akses internet yang laju. Beliau dapat berkomunikasi dengan pelanggan dengan lebih baik dan lebih meluas.