USAHAWAN KECIL CENDAWAN

Nama : Ed Asmera Binti Mohamed
Umur : 42
Ahli : 2017
 
Latar belakang

En Ed Asmera bekerja di Projek Tanaman Cendawan Tiram Kelabu di Klinik Kesihatan Ketereh hampir 2 tahun. Beliau merupakan pemegang kad OKU.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mengambil upah mengutip Cendawan Tiram Kelabu dan pada waktu yang sama saudara mara yang berdekatan mengirim untuk membeli cendawan dengan beliau memandangkan beliau bekerja di pusat tanaman cendawan tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kadok, beliau telah mendapat pendedahan tentang perniagaan secara online.Beliau mempunyai semangat yang kuat untuk memasarkan produk Cendawan Tiram Kelabu ke dalam internet.Selain itu, beliau banyak menyertai kelas seperti Kelas Rekabentuk Grafik,kelas Penerbitan Video dan Kelas Internet yang dianjurkan di Pusat Internet Kg Kadok.