Satu lagi lokasi pilihan untuk mendapatkan keropok losong, keropok keping, keropok sira, sos pencicah adalah di kedai Keropok Losong milik Wan Mahadi Wan Abas.

Lokasi kedai adalah di Kampung Kadok sebelah kanan jika dari Kuala Krai ke Kota Bharu. kedai berada di sebelah kiri jika dari Kota Bharu ke Kuala Krai, iaitu laluan Jalan Kuala Krai.

Keropok yang dihasilkan diperbuat daripada ikan-ikan segar dan terpilih. Dijamin bersih dan tidak gatal. Keropok yang baru masak. Dimasak setiap hari dan dipasarkan terus kepada pelanggan.