Pada 15 Julai 2017, bertempat di Pusat Internet 1Malaysia Kg Kadok telah diadakan Bengkel Penyelenggaraan Komputer. Aktiviti ini bertujuan menambah pengetahuan peserta mengenai keperluan menyelenggara komputer bagi memastikan komputer melakukan tugasan dengan lancar dan mengelak komputer dari cepat rosak.

Pada 14 Julai 2017, bertempat di Pusat Internet 1Malaysia Kg Kadok telah diadakan Bengkel Penggunaan Email. Bengkel ini bertujuan menambahkan literasi penggunaan komputer dan internet terutamanya kepada golongan belia dan orang dewasa untuk diaplikasikan dalam  persekitaran kerja dan kehidupan seharian.

Pada 22 Jun 2017, bertempat di Pusat Internet 1Malaysia Kg Kadok telah diadakan kelas Tutor tv UPSR. Aktiviti ini bertujuan menambah kefahaman pelajar dalam subjek Sains dan menarik minat pelajar membuat ulangkaji dalam bentuk bergambar, penerangan audio yang jelas dan grafik yang menarik.