Pada 14 Julai 2017, bertempat di Pusat Internet 1Malaysia Kg Kadok telah diadakan Bengkel Penggunaan Email. Bengkel ini bertujuan menambahkan literasi penggunaan komputer dan internet terutamanya kepada golongan belia dan orang dewasa untuk diaplikasikan dalam persekitaran kerja dan kehidupan seharian.
Peserta diberi keterangan dan kefahaman berkenaan Email. Peserta membuat email baru masing-masing mengunakan Email Gmail. Seterusnya mengaplikasikan penggunaan Email iaitu bagaimana untuk menghantar(compose), attachment, formatting, writing style, netiquette, membalas(Reply), Forward dan tetapan signature dalam Email. Aktiviti yang dilaksanakan dalam kelas adalah meminta alamat Email dengan rakan sebelah, menghantar email dan membalas Email kepada orang sebelah, dan Forward Email kepada peserta lain dalam kelas. Peserta juga diberi taklimat Klik dengan Bijak bertajuk "Jangan Kongsi(sebenarnya.my))". Aktiviti ini berlansung bermula jam 03.30 petang sehingga 05.30 petang yang disertai seramai 10 orang peserta.
Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program berlansung:
http://kgkadok.pjk.com.my/index.php/info-pi1m/galeri-foto/87-bengkel-penggunaan-email#sigFreeId82b5a7927b