Pada 28 Julai 2017, bertempat di Pusat Internet 1Malaysia Kg Kadok telah diadakan Kelas Asas Komposisi Fotografi. Bengkel ini bertujuan kemahiran komuniti tempatan serta memupuk belia berkecimpung dalam bidang fotografi dan memahami cara mengambil komposisi gambar yang betul dan ada cerita atau mesej disebalik gambar.

Peserta diberi kefahaman mengaplikasikan komposisi fotografi dalam mengambil gambar serta teknik-teknik seperti setting ISO, Aperture dan shutter speed serta kepelbagaian angle dan shot.Seterusnya Sesi 3, latihan praktikal mengambil gambar menggunakan peraturan komposisi yang diajar.Aktiviti ini berlansung bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari yang disertai seramai 6 orang peserta. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program berlansung: