Kebanyakkan masa penduduk wanita Kampung Kadok padat dengan aktiviti keagamaan seperti kelas agama, kelas bacaan al-quran dan bacaan Yasin. Kelas Al-Quran diadakan di masjid-masjid dan rumah pengajar. Seringkali penduduk wanita dijemput untuk membaca Yasin jika ada sebarang majlis yang berkaitan samada di rumah atau di masjid.

Selain itu, penduduk wanita juga aktif dengan kelas memasak sepeti membuat kek, biskut, atau dessert yang dianjurkan oleh KADA untuk pembangunan masyarakat wanita setempat. Selain melibatkan diri dalam aktiviti kewanitaan segelintir wanita kampung juga aktif berniaga seperti membuat kek dan biskut, membuka kedai makan, kedai runcit dan pelbagai lagi.

Penduduk wanita Kampung Kadok mempunyai hubungan ukhuwah yang sangat kuat dengan menyertai aktiviti gotong royong memasak jika terdapat program majlis kesyukuran, perkahwinan, bubur asyura dan sebagainya.