Pada 29 September 2017, Jumaat bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet 1Malaysia Kg Kadok Dalam telah diadakan Kelas Membuat Gambar Passport (DIY) menggunakan Adobe Photoshop. Program ini diadakan bertujuan meningkatkan kemahiran peserta membuat gambar passport sendiri dan menjimatkan wang komuniti untuk mendapatkan gambar passport. Selain tu dapat menggalakkan komuniti membuat perniagaan perkhidmatan gambar passport.

Program ini bermula jam 3.00 sehingga 6.00 petang. Peserta diberi penerangan mengenai peralatan yang akan digunakan dalam membuat gambar passport. Selepas itu peserta diajar cara membuat selection, touch up gambar yang diambil dan menyusun gambar menggunakan Adobe Photoshop.

Diharapkan program ini dapat meningkatkan kemahiran dan pembangunan diri masyarakat terutamanya menggalakan komuniti membuat perniagaan sendiri dan menjimatkan kos komuniti.

Gambar disini