Pada 17 September 2017, Ahad bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet 1Malaysia Kg Kadok Dalam telah diadakan Program Pemeriksaan Kesihatan MyHealth Komuniti dan Taklimat Klik dengan Bijak. Program ini diadakan bertujuan menggerakkan kaum wanita komuniti Kg kadok Dalam kearah gaya hidup sihat serta meningkatkan kesedaran tentang penggunaan internet untuk mengawasi anak-anak semasa melayari internet.
Program ini bermula jam 10.00 pagi sehingga 1.00 petang. Peserta diberi taklimat Klik Dengan Bijak :Online Grooming. Pada pukul 11.00 pagi telah diadakan bacaan Yassin dan Pemeriksaan Kesihatan MyHealth Komuniti.
Diharapkan program ini dapat mempromosikan Pi1M dan Program Dashboard Komuniti serta merapatkan hubungan ukhuwah komuniti wanita di Kg kadok Dalam.