Pada 5 September 2017, Selasa bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet 1Malaysia Kg Kadok Dalam telah diadakan Kelas Asas Komputer (Microsoft Word). Program ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar sekolah rendah yang tidak mempunyai asas tentang penggunaan perisian word processing Microsoft Word.
Program ini bermula jam 3.00 sehingga 5.00 petang. Peserta diberi penerangan mengenai kepentingan Microsoft Office, menu dan tools Microsoft Office. Selepas itu peserta diajar cara menaip, copy dan paste, formating, memasukkan gambar, simbol, menggunakan fungsi search dan banyak lagi untuk penguasaan para pelajar mengunakan aplikasi komputer.
Diharapkan program ini dapat meningkatkan kemahiran dan pembangunan para pelajar terutamanya dalam membuat tugasan sekolah.