Pada 26 Ogos 2017, Sabtu bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet 1Malaysia Kg Kadok Dalam telah diadakan Tayangan Video Kemerdekaan. Program ini diadakan bertujuan meningkatkan semangat patriotisme dikalangan komuniti terutamanya golongan muda.
Program ini bermula jam 2.30 petang sehingga 4.00 petang. Peserta ditayangkan video kemerdekaan dan sesi maklumbalas daripada mesej yang disampaikan melalui video yang ditayangkan.
Diharapkan program ini dapat meningkatkan semangat cintakan negara dan melihat kembali sejarah negara susah payah pejuang-pejuang untuk mendapatkan kemerdekaan tanah melayu.