Pada 13 Ogos 2017, Ahad bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet 1Malaysia Kg Kadok Dalam telah diadakan program Klik Dengan Bijak : Keselamatan Internet. program ini diadakan bertujuan menambah pengetahuan peserta mengenai keselamatan internet bagi mengelakkan daripada penipuan internet, digodam dan komputer dijangkiti virus.

Program ini bermula jam 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Peserta diberi penerangan mengenai jenayah-jenayah siber yang sering berlaku di Malaysia dan cara-cara bagi mencegah daripada penipuan internet, digodam dan komputer dijangkiti virus.

Diharapkan program ini dapat meningkatkan kefahaman peserta bagi mengelakkan daripada penipuan internet dan mencegah komputer dan telefon dari digodam dan dijangkiti sebarang virus.

Gambar disini