Pada 2 Ogos 2017, Rabu bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet 1Malaysia Kg Kadok Dalam telah diadakan bengkel FrogPlay . Bengkel ini diadakan bertujuan menambah kefahaman pelajar dan menarik minat pelajar membuat ulangkaji berasaskan permainan komputer.

Bengkel ini bermula jam 3.30 petang sehingga 4.30 petang. Pelajar membuka akaun Frog VLE(Virtual Learning Enviroment) dan memilih Frog Play yang merangkumi kuiz-kuiz Bahasa Inggeris, maklumat analitik dan permainan game selepas kuiz.

Diharapkan bengkel ini dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam pembelajaran akademik melalui platform pembelajaran yang ringkas, seronok dan menarik.

Gambar disini